Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, June 30, 2009

TEORI KEDATANGAN ISLAM

KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

3.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM

  • Terdapat sarjana yang melihat teori kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui 3 peringkat utama iaitu;

i. melalui kedatangan pedagang melalui India
ii. melalui kedatangan pedagang melalui China
iii. Islam datang secara langsung dari Semenanjung Tanah Arab

  • Namun ketetapan telah dibuat iaitu Islam telah datang ke Alam Melayu sejak zaman Khalifah Ar-rasyidin lagi tetapi melalui perantara. Perantara yang dimaksudkan ialah pedagang-pedagang dari China dan India yang datang berdagang ke Alam Melayu.


3.2 PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Apabila membincangkan penyebaran Islam di Alam Melayu, ianya tidak dapat lari daripada membincangkan 2 faktor penting yang membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu iaitu;

i- Peranan golongan-golongan penyebar Islam yang terdiri daripada;

      • golongan bangsawan
      • peranan kerajaan-kerajaan Islam
      • golongan mubaligh
      • ulama dan ahli sufi
      • pedagang asing

ii- Ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri seperti;

      • Islam tidak memaksa masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak
      • agama baru ini boleh mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati dalam diri mereka
      • Islam merupakan agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu.


3.3 PUSAT-PUSAT TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA

(a) Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai
(b) Melaka dan Aceh
(c) Brunei, Sulu, Mindanao dan Pattani
(d) Kerajaan Islam lain : Demak, Pajam dan Mataram di Jawa,
: Banjar di Borneo dan
: Campa di Indo China

3.3.1 PASAI (1250-1524 M)

    • Kerajaan Pasai lebih dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu (Sultan Malik al-Salih).
    • Pasai merupakan zaman kegemilangan Kesusasteraan Melayu memandangkan sistem tulisan BM (tulisan Jawi) telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu.
    • Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan ketinggian pemikiran bangsa Melayu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti;

i. Hikayat Nur Muhammad
ii. Hikayat Bulan Berbelah
iii. Hikayat Nabi Bercukur
iv. Hikayat Nabi Wafat dan sebagainya.

    • Hikayat Raja Pasai (HRP) pula merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui bebarapa dimensi iaitu;

i. Sistem Kepercayaan

    • Agama Islam telah menjadi teras kepercayaan masyarakat Melayu.

ii. Politik dan Pentadbiran

    • Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan kerajaan Melayu tradisi.

iii. Sosial dan budaya

    • Masyarakat Melayu mempunyai hierarki sosialnya yang mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa.
    • Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat Melayu seperti adat menyambut kelahiran putera raja, adat pertabalan raja dan sebagainya.

iv. Sumber Ekonomi

    • Hikayat Raja Pasai menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.
    • Kesimpulannya, Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Umpamanya Kitab Durr al-Mandhum telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam BM atas perintah Sultan Mansur Syah.


3.3.2 MELAKA (1400-1511 M)

    • Melaka muncul sebagai sebuah kuasa atau empayar yang terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai;

i. pusat penyebaran agama Islam
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perkembangan Bahasa Melayu

    • Melalui dimensi (i), Melaka muncul sebagai pusat agama Islam terpenting di Aia Tenggara menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka.
    • Antara cara-cara penyebaran agama Islam di Melaka ialah melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh/pendakwah.
    • Melalui dimensi (ii) pula, Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang sibuk dan maju disebabkan oleh keudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Empat orang Syahbandar telah ditugaskan untuk menyediakan kemudahan bagi aktiviti perdagangan dan juga memungut cukai. Dengan erti kata lainnya, Melaka ketika itu telah mempunyai sistem ekonomi yang sistematik dan teratur.
    • Manakala melalui dimensi (iii), ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan Melaka menerusi dimensi (i) dan (ii) sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. BM telah menjadi bahasa pendakwah yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam. BM juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan. BM telah dituturkan oleh pedagang-pedagang asing untuk berkomunikasi sama ada dengan pihak pemerintah mahupun sesama mereka.
    • Kesimpulannya, BM telah mencapai martabat yang tinggi pada zaman Melaka ekoran daripada peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat kegiatan perdagangan. Melaka muncul sebagai pusat perkembangan BM yang terulung dan ini jelas mencerminkan ketinggian ketamadunan masyarakat Melayu pada ketika itu.

KONSEP TAMADUN MELAYU

1. KONSEP TAMADUN MELAYU

  • Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu yang berdasarkan;

i. rumpun bahasa bangsa
ii. kawasan-wilayah

  • Berdasarkan dimensi (i) rumpun bahasa bangsa, Melayu terangkum dalam kelompok Austronesia-Nusantara
  • Berdasarkan dimensi (ii) kawasan-wilayah, Tamadun Melayu merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain.

2. KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SEBELUM
KEDATANGAN ISLAM

  • Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu pada masa ini kebanyakannya berasaskan dua ciri yang utama iaitu;

i. agraria
ii. maritim

  • Antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut ialah Sriwijaya, Funan, Angkor, Lembah Bujang dan Majapahit.
  • Pembinaan negara-negara kota tersebut merupakan asas pembentukan Tamadun Melayu yang kemudiannya.


2.1 SRIWIJAYA (650 - 1200 T.M)

  • Merupakan pusat kebudayaan Melayu yang tertua.
  • Pusat pemerintahannya terletak di tepi Sungai Musi (Kota Palembang sekarang). Empayarnya merangkumi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka dan Tanah Segenting Kra.
  • Sumbangannya yang terpenting dapat dilihat melalui 2 aspek;

i) keintelektualan Melayu
ii) perkembangan Bahasa Melayu

  • Dari dimensi (i), Sriwijaya telah memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terpenting di Kepulauan Melayu. Menurut catatan seorang pengembara dari China, I-Tsing, Sriwijaya pada abad ke-7 giat menjalankan kerja-kerja akademik seperti menterjemahkan bahan-bahan berbahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Cina dan juga bahasa-bahasa tempatan yang lain.
  • Selain daripada menjalankan kerja-kerja penterjemahan, Sriwijaya juga merupakan pusat pembelajaran tata bahasa Sanskrit yang terpenting di Alam Melayu ketika itu.
  • Pada tahun 711, Sriwijaya muncul sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Terdapat lebih seribu pendita Buddha di ibu negerinya. Karya-karya agama dan pelbagai aliran kepercayaan Buddha, falsafah, logika, tatabahasa, kesusasteraan Sanskrit Klasik dan sebagainya berkembang dengan giatnya.
  • Perkembangan Sriwijaya melalui dimensi tersebut mencerminkan tahap pemikiran, keintelektualan dan ketamadunan yang tinggi bagi Tamadun Melayu.
  • Melalui dimensi (ii) pula, zaman Sriwijaya merupakan penyingkapan kegemilangan Bahasa Melayu (BM) memandangkan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan.
  • Memandangkan Sriwijaya menjadi pusat kegiatan ekonomi, sudah pasti ia menjadi tumpuan bagi segala bangsa menjalankan aktiviti perdagangan. Oleh itu untuk tujuan berkomunikasi, pedagang-pedagang asing terpaksa menggunakan bahasa tempatan iaitu BM Kuno. Dengan secara tak langsung, BM telah berkembang dengan pesatnya.
  • Penemuan 4 batu bersurat pula membuktikan Sriwijaya telah menjadikan BM sebagai bahasa pentadbiran iaitu;

i. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M)
ii. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M)
iii. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M)
iv. Batu Bersurat Karang Brahi (690 M)

  • Kesimpulannya, Kerajaan Sriwijaya telah memberikan sumbangan yang besar kepada Tamadun Melayu khususnya kepada perkembangan intelektual bangsa Melayu serta perkembangan BM.

Monday, June 29, 2009

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

  • Memahami dan menjelaskan ciri-ciri penyuburan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dalam bilik darjah.

  • Memahami tingkahlaku kanak-kanak

  • Meramal dan mengawal tingkah laku kanak-kanak

  • Menghuraikan perbezaan individu dan rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan kebolehan pelajar.

  • Menyelesaikan masalah kanak-kanak dalam situasi pembelajaran.

  • Menggerakkan kanak-kanak mengikut kebolehan.

  • Memahami dan menjelaskan naluri, desakan, keperluan, perbezaan individu, personaliti dan konsep kendiri.

  • Menjalankan penyelidikan psikologi pendidikan.

  • Meningkatkan mutu dan prestasi pendidikan negara.

Konsep Psikologi

1.1 Konsep Psikologi

Psikologi bermaksud kajian secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia.

1.2 Konsep Psikologi Pendidikan

Kajian saintifik tentang tingkah laku manusia yang berkaitan dengan pendidikan serta prinsip yang membolehkan pembelajaran meningkat.

1.3 Konsep Psikologi Perkembangan

Satu cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari masa pra lahir hingga dewasa.

Cabang-cabang Falsafah.

Cabang-cabang Falsafah.

Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu metafizik,axiologi,epistemologi,dan logik.

Metafizik (Ontologi)

Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:

  • Apa itu kebenaran?
  • Adakah Tuhan wujud?
  • Siapa itu manusia?
  • Apakah itu kebebasan manusia?
  • Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
  • Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik.

Axiologi.

Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.

1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:

· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.

· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;

· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.

Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:

· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?

· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?

· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?

2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:

· Apa itu kecantikan?

· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?

Epistemologi.

Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:

  • Apa itu ilmu?
  • Apakah sumber-sumber pengetahuan?
  • Apa yang diketahui oleh manusia?
  • Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
  • Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?

Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:

  • Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
  • Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.
  • Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.
  • Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
  • Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu;
  • Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.

Logik.

Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:

  • Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
  • Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:

  • Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
  • Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?

Sunday, June 28, 2009

Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.


Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem,iaitu:

1.Mikrosistem: persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya ibu bapa,rakan-rakan, adik-beradik,jiran dan guru.

2.Mesosistem: perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contohnya rumah-sekolah,rumah-jiran dan sekolah-jiran.

3.Eksosistem: pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan terhadap kanak-kanak alam dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Kaedah pengurusan,kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi sosial kanak-kanak tersebut

4.Makrosistem: perkembangan individu dipengaruhi norma-norma,nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan(Santrock,200H). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan penting.

5.Kronosistem: perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?

· Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

· Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran

· Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan

· Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

· Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.

· Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.

· Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran

· Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

· Murid memainkan peranan penting

· Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.

· Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,

· objektif pencapaian murid diutamakan

· perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)

· Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.

· Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,

· Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)

· Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,

· Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.

· Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

· Guru memainkan peranan penting

· Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.

· Kepimpinan guru secara autokratik

· Pencapaian objektif guru diutamakan

· Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.

· Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.

· Interaksi di antara murid adalah pasif.

· Kaedah keseluruhan kelas.

· Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.

· Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

Thursday, June 25, 2009

Konsonan Bahasa Melayu

Bunyi

Huruf

di depan

di tengah

di belakang

/b/

/c/

/d/

/f/

/g/

/ÄŸ/

/h/

/j/

/k/

/x/

/l/

/m/

/n/

/Å‹/

/Å„/

/p/

/q/

/r/

/s/

/Å›/

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/

b

c

d

f

g

gh

h

j

k

kh

l

m

n

ng

ny

p

q

r

s

sy

t

v

w

y

  1. z
  2. x

bahasa

cakap

dua

fakir

guna

ghaib

hari

jalan

kami

khusus

lekas

maka

nama

ngilu

nyata

pasang

Qur’an

raih

sampai

syarat

tali

vitamin

wanita

yang

zaman

xenon

sebut

kaca

ada

tafsir

tiga

maghrib

saham

manja

paksa

akhir

alas

kami

anak

angin

hanya

apa

wuquf

bara

asli

isytihar

mata

universiti

hawa

payung

lazat

-

adab

Mac

abad

maaf

beg

mubaligh

tuah

kolej

katak

tarikh

kesal

diam

daun

pening

-

siap

buraq

putar

lemas

Quraisy

rapat

-

-

-

lafaz

-

Diftong

Bunyi

Huruf

di depan

di tengah

di belakang

/ai/


/au/

/oi/

ai

au

oi

aising

aurat

auditorium

oidium

ghairah

trailer

saudara

boikot

pandai

harimau

amboi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...