Cari Nota Dengan Cepat...!

Monday, August 17, 2009

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN FIZIKAL TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. (PKK)

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif anak-kanak.

Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal remaja sekitar umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-kanak setakat yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Disamping itu, kanak-kanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap berbeza. Mereka juga aktif pada peringkat ini. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan mengambilkra perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun pula berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan berkait. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesaian.

Implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat pra operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun pula ialah dengan mengajar kanak-kanak menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Disamping itu, arahan yang diberikan guru haruslah pendek disertai dengan conntoh. Sebagai contoh, arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuati aktiviti dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.

Implikasi bagi perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 7 hingga 11 tahun pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit terutama untuk belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...