Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, August 5, 2009

Unsur-unsur Cuaca dan Iklim.

Unsur-unsur Cuaca dan Iklim.

  • Suhu
  • Kerpasan
  • Kelembapan udara
  • Awan
  • Tekanan udara dan angin

Suhu

  • Suhu-darjah kepanasan udara disesuatu tempat.
  • Antara sinaran matahari yang sampai ke Bumi ialah seperti sinar ultaungu(sinar lembayung), sinar infrared, sinar gama dan sinar-x.
  • Sinaran matahari yang paling banyak membawa tenaga haba ialah sinar infrared.
  • Apabila tenaga haba di sesuatu tempat bertambah maka udara di dalamnya akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat.
  • Indeks suhu ini diukur dalam unit darjah celcius dengan menggunakan alat termometer six.
  • Termometer six diguna untuk mencatat nilai suhu maksimum dan minimum pada setiap hari.

Kerpasan

  • Kerpasan merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku.
  • Unsur kerpasan yang paling penting ialah hujan.
  • Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan atau kondensasi.
  • Akibat sejatan di permukaan air, wap-wap air akan naik ke atmosfara. Dengan adanya nukleus kondensasi seperti garam galian atau bahan pencemar udara maka wap-wap air akan turun sebagai huja atau titisan air.
  • Hujan disukat dengan menggunakan alat tolok hujan dan dinyatakan dalam unit milimeter.

Kelembapan udara

  • Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara.
  • Berdasarkan kepada kandungan wap air dalam udara maka udara boleh dikelaskan kepada udara kering (dry air) dan udara lembap (wet air).
  • Kelembapan udara terbahagi kepada dua jenis iaitu kelembapan mutlak dan kelembapan bandingan.
  • Kelembapan udara mutlak ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara pada satu masa. Kelembapan mutlak dinyatakan dalam unit gram semiter padu.
  • Kelembapan bandingan ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dalam keadaan suhu tertentu. Unit kelembapan udara bandingan biasanya dinyatakan dalanm bentuk peratus.
  • Kelembapan udara bandingan dapat disukat dengan menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi termometer bebuli kering serta termometer bebuli basah.

Awan

  • Awan merupakan titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara 0.02mm -0.06mm serta terapung-apung di udara.
  • Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera.
  • Debu-debu, bahan-bahan pencemar udara, garam galian yang berada dalam atmosfera bertindak membentuk awan.
  • Berdasarkan kepada ketinggian lokasi dan bentuk awan dapat dibahagikan kepada 4 jenis:

· awan tinggi yang berada antara 6100m – 12000m seperti

o awan sirus.

· awan pertengahan yang berada diantara 1200m – 6100m

o seperti awan altostratus

· awan rendah yang berada antara o – 1200m seperti awan

o stratokulus.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...