Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, March 16, 2010

Konsep Urbanisasi

Konsep Urbanisasi

Pembandaran atau Urbanisasi adalah satu fenomena yang lazim berlaku khususnya di negara yang sedang membangun. Secara umum nya istilah Urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Urbanisasi sering berlaku apabila penempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks seperti dari bandar yang kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.
Konsep Urbanisasi seringkali dikait kan dengan :

i) Pertambahan dan peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Di Malaysia sesebuah
penempatan itu dikelaskan sebagai bandar jika jumlah penduduk di sekitar kawasan tersebut
telah melebihi 10000 orang.

ii) Perluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang niaga kawasan penempatan,
peningkatan sistem jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar.

iii) Urbanisasi juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan struktur dan kegiatan ekonomi
penduduk di sesebuah kawasan dari ekonomi tradisional kepada ekonomi moden seperti
perindustrian, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan, perdagangan, dan lain-lain lagi.

iv) Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang
lebih moden.

Nota ini telah diberikan oleh Cput untuk dikongsi di dalam blog ini. Terima kasih :)

1 comment:

Anonymous said...

ape kepentingan urbanisasi dalam negara yang sedang membangun? hmm ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...