Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, August 21, 2011

Garis Panduan Penulisan Jurnal Praktikum

GARIS PANDUAN
  1. Pelatih dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum.
  2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan.
  3. Satu jangkamasa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah dicatatkan.
  4. Pelatih dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.
  5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru.
  6. Pelatih diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum untuk disemak.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN JURNAL

Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.

Kandungan jurnal mesti dirancang bersama antara pelatih, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

CONTOH FORMAT

  • Pernyataan masalah
  • Huraian masalah
  • Cadangan mengatasi
  • Tempoh
  • Analisis keputusan
  • Tindakan susulan

*sumber Unit Praktikum IPGKTAA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...