Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, September 28, 2011

Teori Penduduk Malthus

TEORI PENDUDUK MALTHUS
1. Malthus menyatakan penduduk lebih cenderung bertambah lebih cepat daripada pengeluaran bekalan makanan
2. Penduduk bertambah secara geometri (1,2,4,8,16,32,64,…) manakala bekalan makanan pula bertambah secara arimetik (1,2,3,4,5,6,…..)
3. Oleh itu bekalan makanan tidak mampu menampung penduduk yang kian bertambah
4. Perimbangan boleh dicapai dengan cara menyekat pertambahan penduduk. Di antara caranya ialah dengan kebuluran, perperangan, penyakit yang membawa kematian, mencegah kelahiran dan membujang.

KRITIKAN TERHADAP TEORI MALTHUS./KELEMAHAN TEOARI MALTHUS
1. Pengeluaran makanan bertambah kerana teknologi dalam pengeluaran makanan- benih yang bermutu tinggi, baka baik, baja kimia, racun serangga membolehkan hasil pengeluaran pertanian bertambah berlipat kali ganda.
2. Kemajuan dalam system pengangkutan- bekalan makanan dapat diagihkan ke kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan makanan
3. Pertambahan penduduk tidak bertambah secepat seperti yang diramalkan oleh Maltuhs kerana kejatuhan dalam kadar kelahiran terutamanya di negara maju
4. Teori Malthus tidak tepat di negara maju tetapi boleh diterima di negara mundur

Saturday, September 24, 2011

Kata Majmuk: Bentuk Yang Telah Mantap

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh,walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sabagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut adalah :


Antarabangsa
Beritahu
Bumiputera
Jawatankuasa
Kakitangan
kerjasama
Olahraga
Matahari
Setiausaha
Sukarela
Suruhanjaya
Tandatangan
Tanggungjawab
Warganegara
pesuruhjaya

*Tatabahasa Dewan m/s 75

Definisi Kata Majmuk

  1. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
  2. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja berpisah.
  3. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unik-uniknya.
Contoh:
  • Air hujan
  • Jalan raya
  • Nasi minyak
  • Terima kasih
  • Luar biasa
  • Alat tulis
  • Bandar raya
  • Tengah hari
*Tatabahasa Dewan m/s 54

Thursday, September 22, 2011

Objektif Pengayaan

1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.
2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.
3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.
4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil
kerja sendiri.
5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.
6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

Definisi Pengayaan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

Tuesday, September 20, 2011

Latar Belakang Masyarakat Orang Asli Di Malaysia

Satu rumpun bangsa dari kumpulan masyarakat peribumi/asal yang menduduki Semenanjung Tanah Melayu sejak 3,000 tahun hingga 10,000 tahun lalu (1304s.m).

Suku Kaum Utama:
  • Negrito
  • Senoi
  • Melayu Proto
Negrito:
Pra sejarah dikenali sebagai Austroasiatik.
Dari Negeri China 7,000 hingga 10,000 tahun ke kawasan Tenggara Asia.
Sejarah lama / purba mereka adalah terawal datang ke Tanah Melayu.

Senoi:
Pra sejarah dikenali sebagai Austroasiatik.
Dalam kumpulan kecil dari Selatan Negeri China dan Taiwan ke Asia Tenggara 3,000 hingga 5,000 tahun.
Kumpulan pertama dari kawasan Indo China, Champa dan Burma dan menetap di bahagian Utara Tanah Melayu.

Melayu Proto:
Pra sejarah dikenali sebagai Austranesian (Malayo-Polynesian)
Datang lebih kemudian dari Asia Tenggara ke Tanah Melayu.
Perkahwinan campur.
Kumpulan kedua berasal Tenggara Asia, seperti Kawasan Palembang, Sumatra serta kepulauan Sulawesi.
Menetap di Bahagian Selatan Tanah Melayu.

Sunday, September 18, 2011

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber:

Definisi :
Segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran.

Faedah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber :
a) Dapat menyelesaiakan masalah secara praktis.
b) Pelajar dapat bergerak maju mengikut kebolahan masing-masing.
c) Penglibatan pelajar secara aktik dalam pembelajaran.
d) Guru menggunakan "instructional methodology" yang pelbagai untuk mempertingkan proses pengajaran dan pembelajaran.
e) Peluang mewujudkan situasi pembelajaran untuk individu atau kumpulan kecil.

Definisi Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah

Definisi Pusat Sumber Sekolah:

Sumber utama maklumat sama ada maklumat tersebut dalam bentuk buku, jurnal,
surat khabar, kaset video, kaset audio atau pangkalan data komputer.

Langkah-Langkah Menyediakan Pelajar Agar Celik Maklumat Melalui Pusat Sumber Sekolah:

a) Sekolah perlu memperluaskan fungsi pusat sumber dan meningkatkan inovasi
dalam bidang teknologi dan persediaan
b) Pusat Sumber harus memberikan suatu pengajaran dan pembelajaran dinamik
c) Guru pusat sumber harus pastikan bahan sumber diperolehi
d) Guru pusat sumber harus bekerjasama dengan guru lain.

Tuesday, September 13, 2011

Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah, temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya.

Tataistilah
Tata istilah (terminologi) adalah peringkat asas dan ketentuan pembentukan istilah serta kumpulan istilah yang dihasilkannya. Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matematik yang ada telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu contohnya darab, pengamiran, janjang, min, mod, graf dan sebagainya.
Contoh lain: Metabolisme, demokrasi, saham, persamaan.

Tatanama
Tatanama (nomenklatur) adalah alat peraturan penamaan dalam bidang ilmu tertentu, seperti kimia dan biologi, beserta kumpulan nama yang dihasilkannya. Ringkasnya, tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan kaedah atau asas-asas tertentu seperti tatanama kimia, biologi, fizik dan sebagainya. Misalnya: Natrium klorida, nukleus, ribosom, karbon dioksida.

Tuesday, September 6, 2011

Makna Ayat

Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.

Makna Tersurat
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok.
Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat
2. Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:
3. Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna Tersirat
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’.

Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 95.

Monday, September 5, 2011

Permainan KIM Deria Bau

  1. Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’ Hara.
  2. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya.
  3. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia.
  4. Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Contoh Permainan KIM 1:

  • Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih.
  • Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
  • Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
  • Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu.
  • Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Contoh Permainan KIM 2:

Alat-alat permainan :
-Sebuku sabun mandi
-Seketul belacan
-Seekor ikan kering
-Sekuntum bunga ros
-Sebotol minyak wangi
-Secawan kopi
-Puntung rokok
-Sehiris limau kasturi
-Sebotol pelembut pakaian
-Sebungkus serbuk kari.

Syarat permainan:
  1. Untuk menjalankan permainan ini, pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan boleh terdiri daripada 5-6 orang ahli tetapi tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan kecil.
  2. Permainan ini memerlukan peserta menggunakan kekuatan dan kepekaan deria bau hidu yang sinonim dengan hidung.
  3. Kemudian sekumpulan yang bertanding ditutup mata mereka menggunakan kain, seeloknya menggunakan kain hitam.
  4. Selepas itu, dalam masa 1 minit mereka diminta untuk meneka benda yang dihidu secara bergilir-gilir tetapi tetap berada di dalam satu kumpulan yang sama.
  5. Mereka diminta mengingat apakah benda yang mereka hidu dan menyimpan jawapan mereka.
  6. Setelah tamat masa 1 minit , sekumpulan tadi diminta menulis di dalam kertas benda-benda yang mereka telah hidu tadi sebanyak mungkin.
  7. Masa yang diberi hanyalah selama 1 minit juga.
  8. Mereka perlu menulis dengan pantas seberapa banyak jawapan ( benda yang dihidu) yang mereka ingat di atas sehelai kertas.
  9. Permainan akan dikira selesai setelah tamat 1 minit masa diberi untuk menjawab soalan.
  10. Pemenang dalam kumpulan akan dikira berdasarkan siapa yang dapat menulis jawapan terbanyak dengan betul.

Perkembangan Mental dan Deria Bau Bayi

  1. Deria bau juga berkembang ketika bayi masih berada dalam kandungan ibu.
  2. Sebagaimana deria rasa, cecair ketuban juga menyediakan pengalaman pertama untuk deria bau.
  3. Selepas beberapa jam dilahirkan, bayi telah mampu bergerak balas terhadap bau.
  4. Bayi lebih cenderung kepada bau yang sedap dan nyaman seperti bau pisang dan vanilla tetapi tidak cenderung kepada bau yang busuk seperti bau ikan.
  5. Bayi lebih suka bau ibu yang menyusu (breast feed) dan cepat mengenali bau ibu sendiri dari perempuan lain.
  6. Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bayi lebih suka kepada alat permainan yang berbau vanila daripada permainan yang berbau erhanol atau yang tidak berbau.
  7. Berilah permainan yang mengandungi pelbagai bau kepada bayi.

Friday, September 2, 2011

Deria Bau


  1. Deria atau pancaindera bermaksud cara pencerapan secara fisiologi. (Wikipedia).
  2. Contoh deria adalah seperti penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuh.
  3. Deria bau ialah deria kimia. Terdapat ratusan saraf penerima bau, setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu.
  4. Molekul bau mempunyi pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan.
  5. Hidung manusia boleh membezakan bau sehingga 10 000 jenis bau.
  6. Sewaktu menarik nafas, udara yang mempunyai partikel-partikel ini akan turut masuk ke dalam hidung.
  7. Di dalam hidung manusia, terdapat suatu struktur yang dipanggil hujung saraf olfaktori yang terletak di kedua-dua belah hidung.
  8. Kawasan olfaktori ini terdapat di bahagian paling atas (roof) kaviti hidung di kedua-dua belah kanan dan kiri.
  9. Keajaiban struktur dalam hidung yang dicipta sedemikian rupa supaya udara sewaktu disedut akan melalui kawasan olfaktori ini secara maksimum yang membolehkan kita mencium bau sesuatu bahan.
  10. Di kawasan struktur itu, terdapat terlalu banyak reseptor sensori yang bertanggungjawab mengesan stimulasi bau.
  11. Reseptor-reseptor ini akan diaktifkan apabila terdapat rangsangan yang dibawa oleh udara yang disedut.
  12. Impuls elektrik ini akan dikonduksikan secara bersambungan dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sehinggalah ia sampai ke korteks otak yang akan menterjemahkan apakah jenis bau yang dihidu, berdasarkan pengalaman lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...