Cari Nota Dengan Cepat...!

Monday, July 23, 2012

CABARAN YANG DIHADAPI KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


CABARAN YANG DIHADAPI

Setelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru.

Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.

Monday, July 16, 2012

PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 



PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 



Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. 

Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. 

Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Wednesday, July 11, 2012

STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 

-Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya

-Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

-Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

-Memenuhi keperluan sosiobudaya

-Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Thursday, July 5, 2012

OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

-Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.
-Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
-Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...