Cari Nota Dengan Cepat...!

Thursday, December 19, 2013

Review Filem 47 Ronin 2013 Bahasa Melayu

Filem 47 Ronin merupakan filem berdasarkan kisah benar.

Filem 47 Ronin merupakan filem yang ditunggu-tunggu oleh penulis pada tahun ini. Hari pertama ditayangkan, penulis terus menontonnya. Terdapat beberapa perkara yang membuatkan penulis berminat untuk menonton filem ini. Pertama, penulis memang minat dengan budaya Jepun terutamanya budaya lama Jepun yang ada unsur Samurai, Ninja dan sebagainya. Kedua, penulis memang suka menonton filem Holywood yang menampilkan ramai pelakon Jepun berbanding mat saleh. Hehe. 

Filem 47 Ronin mengisahkan sekumpulan Samurai yang menuntut bela kematian Tuan mereka. Tuan mereka mati kerana dijatuhkan hukuman bunuh kerana dikhianati oleh musuh. Ronin bermaksud Samurai yang tidak bertuan atau ketua. Jadi, selepas Tuan mereka tiada, samurai-samurai ini digelar Ronin. 

Dalam filem ini, Keanu Reeves memegang watak Kai, seorang pahlawan yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Semasa kecil, beliau melarikan diri dari hutan tempat asalnya dan dijumpai oleh sekumpulan samurai. Kai akhirnya dibela oleh Ketua Samurai bernama Lord Asano. Kai tidak disukai oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan, bukannya asli Jepun.

Namun, selepas kematian Lord Asano, Kai membantu samurai-samurai tersebut untuk menuntut bela kematian Lord Asano. Disebabkan kehebatan Kai, lama kelamaan Kai diterima oleh para samurai. Kai dan samurai-samurai bersatu untuk membalas dendam. Namun, bukanlah mudah untuk Kai dan samurai-samurai menewaskan musuhnya kerana musuhnya merupakan ahli sihir yang hebat.

Dalam cerita ini, diselitkan kisah cinta Kai dan anak perempuan Lord Asano. Menyentuh perasaan jugak la. Latar tempat perkampungan kuno Jepun juga cantik dalam filem ini. Aksi-aksi pertarungan antara samurai nampaknya biasa sahaja, namun tidak mengecewakan. Lawak juga diselitkan dalam filem ini dan berkesan.

Jadi, penulis beri 4.5/5 bintang untuk filem 47 Ronin ini. Best...!

Tuesday, December 17, 2013

Review Filem Papadom 2

Ok, cerita ni memang best. Antara filem Melayu 2013 yang berkualiti. Pada mulanya, penulis rasa agak ragu untuk menonton filem ini di pawagam. Tapi bila ingat balik filem Papadom 1, penulis rasa filem ni ok. Dan bila menontonnya di pawagam, memang best!

Filem ni agak perlahan, tapi tak membosankan. Papadom 2 ini mengidahkan Mia Sara yang sudah bekerja di Kuala Lumpur. Manakala bapanya Saadom tinggal di Pulau Pinang tempat asalnya. Mia Sara sekarang sudah ada teman lelaki dan bercadang untuk berkahwin. Tanpa sengaja, perkara ini telah diketahui oleh bapanya Saadom. Jadi, Saadom yang terkenal dengan perangai terlebih caringnya pun mula gelabah dan mahu pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari siapakah teman lelaki Mia Sara.

Selain itu, semasa di Kuala Lumpur, Saadom telah bertemu Prof Balqis. Dulu kan masing-masing ada perasaan tapi tak kahwin-kahwin. Jadi, dalam Papadom 2, kisah cinta mereka berakhir dengan....? Ha...kenalah tengok sendiri Papadom 2 ni. 

Pelakon-pelakon dalam filem ini seperti Scha Alyahya, Dira dan Chesia Ng memang menjadi. Vanida pula memang top la. Dalam filem ini ada Johan, tapi tak tahu apa fungsi dia. Haha. 

Apapun, penulis boleh katakan filem ini ada makna, isi dan menyentuh hati. Best!

Wednesday, December 11, 2013

Gambar Toyota NS4 di Malaysia


Ini merupakan kereta konsep dari Toyota yang dinamakan Toyota NS4. Seakan-akan Iron Man pun ada. Paling menarik ialah side mirror kereta ini menggunakan kamera!

Gambar Toyota Fun-Vii di Malaysia

Baru-baru ini, penulis sempat melawat ke pameran kereta Kuala Lumpur 2013 atau Kuala Lumpur Internatinal Motor Show 2013 di PWTC. Antara kereta yang menarik perhatian penulis ialah Toyota Fun-Vii. Kereta ini mempunyai badan seakan-akan skrin televisyen yang boleh memaparkan imej atau video bergerak. Sangat cool! Mungkin lepas ni kalau nak marah pemandu lain, boleh tunjuk gambar atau mesej pada badan kereta ini untuk dilihat. Haha!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...