Cari Nota Dengan Cepat...!

Thursday, December 19, 2013

Review Filem 47 Ronin 2013 Bahasa Melayu

Filem 47 Ronin merupakan filem berdasarkan kisah benar.

Filem 47 Ronin merupakan filem yang ditunggu-tunggu oleh penulis pada tahun ini. Hari pertama ditayangkan, penulis terus menontonnya. Terdapat beberapa perkara yang membuatkan penulis berminat untuk menonton filem ini. Pertama, penulis memang minat dengan budaya Jepun terutamanya budaya lama Jepun yang ada unsur Samurai, Ninja dan sebagainya. Kedua, penulis memang suka menonton filem Holywood yang menampilkan ramai pelakon Jepun berbanding mat saleh. Hehe. 

Filem 47 Ronin mengisahkan sekumpulan Samurai yang menuntut bela kematian Tuan mereka. Tuan mereka mati kerana dijatuhkan hukuman bunuh kerana dikhianati oleh musuh. Ronin bermaksud Samurai yang tidak bertuan atau ketua. Jadi, selepas Tuan mereka tiada, samurai-samurai ini digelar Ronin. 

Dalam filem ini, Keanu Reeves memegang watak Kai, seorang pahlawan yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Semasa kecil, beliau melarikan diri dari hutan tempat asalnya dan dijumpai oleh sekumpulan samurai. Kai akhirnya dibela oleh Ketua Samurai bernama Lord Asano. Kai tidak disukai oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan, bukannya asli Jepun.

Namun, selepas kematian Lord Asano, Kai membantu samurai-samurai tersebut untuk menuntut bela kematian Lord Asano. Disebabkan kehebatan Kai, lama kelamaan Kai diterima oleh para samurai. Kai dan samurai-samurai bersatu untuk membalas dendam. Namun, bukanlah mudah untuk Kai dan samurai-samurai menewaskan musuhnya kerana musuhnya merupakan ahli sihir yang hebat.

Dalam cerita ini, diselitkan kisah cinta Kai dan anak perempuan Lord Asano. Menyentuh perasaan jugak la. Latar tempat perkampungan kuno Jepun juga cantik dalam filem ini. Aksi-aksi pertarungan antara samurai nampaknya biasa sahaja, namun tidak mengecewakan. Lawak juga diselitkan dalam filem ini dan berkesan.

Jadi, penulis beri 4.5/5 bintang untuk filem 47 Ronin ini. Best...!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...