Cari Nota Dengan Cepat...!

Thursday, October 8, 2015

Minit Mesyuarat Dialog Prestasi Kurikulum Sekolah PK07/3

PK 07/3

 MINIT MESYUARAT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN __________

MINIT MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH KALI KETIGA (TAHUN 2014)

Tarikh                          : 20 Januari 2014

Masa                           : 1.30 petang – 3.30 petang

Tempat                        : Perpustakaan

Pengerusi                    : Puan Haryati

Kehadiran(Bilangan)   :    40 orang

Turut Hadir (Jika ada)  : -


1

PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mesyuarat Puan Haryati mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat kurikulum sekolah kali ketiga SK ________. Pengerusi meminta guru-guru agar memberi perhatian terhadap pembentangan dan agenda mesyuarat yang akan dibincangkan.

2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh : Cikgu Suraya
Disokong untuk pengesahan oleh : Cikgu Kamal


3


PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
                                                                  


4
FOKUS MESYUARAT

4.1   Jadual Waktu Ganti Kelas
1.    Diminta guru yang mengganti kelas menandatangani borang Jadual Ganti PK02/2.
2.    Jadual Ganti PK02/2 sangat penting kerana ia dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam fail SPSK.
3.    Guru diminta menepati masa semasa masuk ke kelas ganti.
4.    Sekiranya terdapat murid yang membawa Jadual Ganti untuk rujukan guru, guru diminta jangan menegur.
                                                                                            Tindakan:Semua Guru

4.2   Guru Tidak Hadir (Cuti Sakit)
1.    Diminta serahkan MC/Surat Akuan Doktor kepada Cikgu Suraya dengan sendiri. Elakkan memesan kepada guru lain.
2.    Bukti tidak hadir akan dicatat ke dalam senarai kehadiran harian guru.
Tindakan:Semua Guru


4.3   Pentaksiran Dalaman 1
1.    Tarikh semakan soalan-soalan dan hantarkan kertas soalan perlu berdasarkan tarikh yang ditetapkan.
2.    Kertas soalan perlu dibungkus dengan kemas dan dicatatkan dengan jelas segala maklumat berkaitannya.
3.    Guru pengawas peperiksaan di dalam kelas perlu tandatangan borang PK05/1-PK05/3 untuk disimpan dalam fail SPSK yang diuruskan oleh Cikgu Suraya.
                                                                                           Tindakan:Semua Guru

4.4    Pengisian Markah SAPS
1.    Guru mata pelajaran Tahun 5 dan Tahun 6 diminta mengisi markah ke dalam sistem SAPS.
2.    Tarikh tutup ialah 20 Mac 2014.
3.    Setiausaha Peperiksaan akan kumpulkan semua kelas Tahun 5 dan 6.

Tindakan:Guru Tahun 5,6

4. 5   Audit Akademik Pentaksiran Mac
1.    Tarikh ialah 10 April 2014 hari Khamis.
2.    Tindakan ialah Ketua Panitia dan Guru mata pelajaran Tahun 5 dan 6.
3.    Ketua Panitia perlu senaraikan murid yang Near Miss Cemerlang dan AKLUS.
4.    Program penambahbaikan.

Tindakan: Ketua Panitia

4.6   Minit Curai
1.    Setiap guru dikehendaki mengisi Minit Curai sebaik shaja/selepas menghadiri sebarang mesyuarat/bengkel/kursus dan lain-lain.
2.    Minit curai perlu disahkan oleg Guru Besar dan hantar kepada penyelaras LDP untuk disimpan ke dalam fail.
Tindakan:Semua Guru

4.7   Hari Terbuka dan Mesyuarat Agung PIBG
1.    Pada 13 April 2014 (Ahad).
2.    Hanya murid Tahun 2 hingga 6 sahaja yang terlibat.
3.    Tahun 1 (Program Transisi) tiada pentaksiran Mac. Temu ramah dan perbualan bersama ibu bapa.
4.    Persiapan diminta rujukan Jadual Tugas.
                                                                                        Tindakan:Semua Guru

4.8   Majlis Aku Janji dan Program “1 Care”
1.    Tarikh ialah 20 April 2014 (Ahad).
2.    Sasaran : Murid Tahun 6 dan ibu bapa.
3.    Jawatankuasa : Rujuk jadual tugas yang telah dipaparkan di bilik guru.
4.    Sekiranya ada pertanyaan, sila berhubung dengan GPK 1 untuk tindakan susulan.

Tindakan:Semua Guru









4.9 Kemasukan Markah SAPS Pentaksiran Mac
1.    Markah perlu diisikan di ruang AR 1 yang disebelah ruangan ETR borang headcount di buku rekod mengajar.
Tindakan:Semua Guru


4.10 Penyeliaan PdanP/Pelaporan AdaPP
1.    Setiap guru perlu dipantau sekurang-kurangnya 3 kali setahun mulai Tahun 2014.
2.    Guru yang kurang daripada 80% dikehendaki dipantau semula untuk menepati tujuan SKPM.
3.    Pengisian markah – AdaPP (Jun & Sept) diuruskan oleh GPK 1.
4.    Hantarkan Buku Latihan/Buku Kerja dan disemak sebelum dipantau agar dapat melengkapkan skor-skor di borang PK 05/1.
Tindakan:Semua Guru


4.11 Takwim Pentaksiran & Penilaian Tahun 2014.
1.    3 kali setahun – Tahun 1 (Program Transisi)
2.    4 kali setahun – Tahun 2 hingga 6.
3.    Tahun 6 – Pentaksiran setara, percubaan UPSR dan peperiksaan awam UPSR (skop pentaksiran sila edarkan 2 minggu sebelum pentaksiran dijalankan).
4.    Bulan Mac – 11-13hb
5.    Bulan Mei – 6-9hb
6.    Bulan Julai – 22-24hb (percubaan UPSR)
7.    September – 9-11hb (peperiksaan awam UPSR)
8.    Oktober – pentaksiran setara Tahun 5 manakala dalaman Tahun 1-4 dan 6.
Tindakan:Semua Guru


4.12 Kem Motivasi UPSR
1.    Fasa 1 (1Mac 2014 Sabtu). Penceramah BI oleh Cikgu Suraya manakala BC oleh En. Hamid
2.    Kehadiran guru diwajibkan tetapi didapati seorang guru sahaja tidak hadir tanpa sebab.
3.    Fasa 2 (26April 2014 Sabtu). Penceramah BM oleh Cikgu Suraya manakala Sains oleh Cikgu Azura.
4.    Kehadiran guru mengikut seperti yang ditetapkan di jadual dan diwajibkan.
Tindakan:Semua Guru


4.13 Program Kecemerlangan UPSR 2014.
1.    Kelas cemerlang – C1,C2 & C3
2.    Kelas Maju – M1, M2 & M3
3.    Kelas anak angkat BM – 13 kumpulan
4.    Kelas anak angkat BI – 13 kumpulan
5.    (1 guru bertemu 2 murid)
6.    Program bermula pada 1 April 2014.
7.    Mata pelajaran bahasa Inggeris (setiap hari Selasa jam 3.30-4.30petang)
8.    Mata pelajaran bahasa Malaysia (setiap hari Khamis jam 3.30-4.30petang).
9.    Sebarang pertukaran diminta maklumkan kepada GPK 1 agar memudahkan kerja.
Tindakan:Semua Guru

4.14 Bengkel Berfokus UPSR 2014.
1.    Diadakan pada waktu kelas tambahan seminggu sebelum setiap Pentaksiran Mac, Mei, Julai dan percubaan UPSR. (kelas masing-masing)
2.    Guru mata pelajaran berkenaan perlu menyampaikan dengan Power Point atas tajuk atau unit yang berkaitan dengan skop peperiksaan.
3.    Terdapat guru tidak menjalankan bengkel tersebut walaupun notis telah diberikan.
Tindakan:Guru Thn 6


4.15 Program “Zoom A”
1.    Program kecemerlangan UPSR – langkah (murid menjawab soalan secara online dengan ID).
2.    Mata pelajaran – bahasa Malaysia
3.    Sasaran – murid Tahun 6 Merah.
4.    Tindakan – guru bahasa Malaysia, KH dan PSV (di sekolah).
5.    Bimbingan di rumah ialah ibu bapa.
6.    Ia masih dalam proses pendaftaran.
7.    Bayaran ialah RM20 setiap murid (terdapat diskaun 10%).
8.    Sumber kos : PIBG.
Tindakan:Guru BM,KH,PSV


4.16 Penyemakan Buku Kerja/Buku Aktiviti/Latihan Murid
1.    Semak dari segi ketelitian.
2.    Latihan yang mencukupi dan kekerapan.
3.    Pembetulan perlu dibuat.
4.    Lengkapkan atau habiskan latihan yang tertinggal.
5.    Pastikan latihan setiap murid disemak.
Tindakan:Semua Guru


LAIN-LAIN
1.    Guru yang berminat untuk menjadi penanda pemeriksa UPSR boleh hantar maklumat.

RUMUSAN
Pengerusi berharap agar segala cadangan dan teguran diambil perhatian oleh guru-guru. Pengerusi menasihatkan agar guru-guru lebih berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pencapaian sekolah.



PENUTUP
a.    Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya adalah pada masa yang akan ditetapkan nanti.
b.    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.






Disediakan  oleh,                                                                               Disemak  Oleh,

..........................................………                                                    ……...............................……….
(Cikgu Suraya )                                                                                      (___________)                            21 Mac  2014                                                                                       GPK 1             
                                                                                                            SK __________

                                                                                                            21 Mac 2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...